Sabtu, 23 Mei 2015

Candat Sotong Gamit Pelancong

Di negeri Pantai Timur, khususnya Terengganu aktiviti mencandat sotong adalah kegiatan ekonomi nelayan sejak dulu. Pesisiran laut yang luas dan pulau berselerak di sekitarnya menjadikan aktiviti mencandat sotong dapat dilakukan.Di Terengganu, mencandat sotong merupakan satu aktiviti pelancongan yang popular dan telah menarik minat ramai orang untuk mengalami sendiri pengalaman yang unik ini

Musim sotong di Terengganu bermula dari bulan April hingga Julai. Ketika musim ini, kawasan perairan Terengganu kelihatan seperti ‘bandar terapung’ kerana diterangi cahaya lampu dari bot-bot nelayan. Kawasan perairan/laut yang terdapat banyak sotong ialah di sekitar perairan Chendering, perairan Marang, sekitar Pulau Kapas, perairan Kuala Terengganu dan laut daerah Setiu, Besut, Dungun dan Kemaman.