Homestay Berkonsep Santai Kampung Hubungi : Pn Nurasidah - 0197212135 Pn Zahani - 0139830989
Rabu, 6 Oktober 2021
Selasa, 5 Oktober 2021
Tarikan Terbaru Terengganu 2021
Selasa, 23 Februari 2021
PASAR PAGI BINJAI RENDAH, BUKIT PAYONG, TERENGGANU
Kampung Binjai Rendah terletak di Bukit Payong, Terengganu. Kampung Binjai Rendah mendapat nama sempena nama pokok Binjai yang banyak terdapat di kampung berkenaan pada suatu ketika dahulu. Kini Binjai Rendah merujuk kepada satu pasar pagi yang popular sejak sekian lama hingga kini menjadi tempat pertemuan penduduk tempatan untuk urusan jual beli bahan keperluan asas.
Yang menariknya Pasar Pagi Binjai Rendah ni letaknya hanya 2km sahaja dari Warisan Iman Homestay. Masa yang diambil untuk sampai ke sini dari homestay hanya 3 minit sahaja. Anda tidak akan rugi kalau berkunjung ke pasar pagi ini kerana pelbagai barang keperluan yang anda perlukan ada dijual di sini oleh penduduk setempat sebagai sumber rezeki. Dari sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan, ikan laut dan ikan sungai, alat-alat berkebun, racun serangga, pakaian baru dan terpakai serta macam-macam lagilah.
Anda kenalah datang sendiri untuk melihat kemeriahan Pasar Pagi Binjai Rendah. Cuma untuk pengetahuan anda pasar pagi ini tidak dibuka setiap hari. Ia hanya dibuka pada hari Ahad dan Khamis setiap minggu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Jadi jangan tersalah hari ye...melopong nanti.
Di entri ini kami kongsikan dengan anda antara barang-barang yang di jual di Pasar Pagi Binjai Rendah termasuk barang-barang yang agak susah kita jumpa sekarang (rare).
1. Barangan Terpakai (Bundle)
Antara barangan terpakai yang dijual termasuklah pakaian lelaki dan perempuan, kasut-kasut berjenama dan pelbagai jenis beg tangan dan beg galas.
Rabu, 17 Februari 2021
Tempat Bergambar Yang Menarik Di Terengganu
Sabtu, 13 Februari 2021
Pemandangan Warisan Iman Homestay Dari Udara
Sekejap je video ni...jemputlah tengok ye sambil-sambil berselawat.