Selasa, 23 Februari 2021

PASAR PAGI BINJAI RENDAH, BUKIT PAYONG, TERENGGANU

 

    Kampung Binjai Rendah terletak di Bukit PayongTerengganu. Kampung Binjai Rendah mendapat nama sempena nama pokok Binjai yang banyak terdapat di kampung berkenaan pada suatu ketika dahulu. Kini Binjai Rendah merujuk kepada satu pasar pagi yang popular sejak sekian lama hingga kini menjadi tempat pertemuan penduduk tempatan untuk urusan jual beli bahan keperluan asas. 

    Yang menariknya Pasar Pagi Binjai Rendah ni letaknya hanya 2km sahaja dari Warisan Iman Homestay. Masa yang diambil untuk sampai ke sini dari homestay hanya 3 minit sahaja. Anda tidak akan rugi kalau berkunjung ke pasar pagi ini kerana pelbagai barang keperluan yang anda perlukan ada dijual di sini oleh penduduk setempat sebagai sumber rezeki. Dari sarapan pagi,  sayur-sayuran dan buah-buahan, ikan laut dan ikan sungai, alat-alat berkebun, racun serangga, pakaian baru dan terpakai serta  macam-macam lagilah. 


    Anda kenalah datang sendiri untuk melihat kemeriahan Pasar Pagi Binjai Rendah. Cuma untuk pengetahuan anda pasar pagi ini tidak dibuka setiap hari. Ia hanya dibuka pada hari Ahad dan Khamis setiap minggu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Jadi jangan tersalah hari ye...melopong nanti.

    Di entri ini kami kongsikan dengan anda antara barang-barang yang di jual di Pasar Pagi Binjai Rendah termasuk barang-barang yang agak susah kita jumpa sekarang (rare). 

1. Barangan Terpakai (Bundle)

    Antara barangan terpakai yang dijual termasuklah pakaian lelaki dan perempuan, kasut-kasut berjenama dan pelbagai jenis beg tangan dan beg galas.




2. Sarapan Pagi

    Antara sarapan pagi yang anda boleh beli di sini pelbagai jenis nasi seperti nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak, nasi kerabu, nasi kuning dan pulut kuning. Pelbagai jenis kuih yang menyelerakan juga ada dijual. Anda juga akan jumpa laksam dan laksa Terengganu.


3. Kuih-Muih Tradisional Terengganu
    
    Yang ini anda patut cuba kerana kemungkinan kuih-muih tradisional ini tak ada di tempat anda. Antara kuih-muih tradisional Terengganu yang di jual di sini ialah pulut lepa, ketupat palas, bekang, nganang dan macam-macam lagi.


4. Hasil Pertanian Orang Kampung

    InsyaAllah di pasar pagi ini anda akan jumpa orang-orang kampung yang menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan sendiri sebagai sumber rezeki mereka. Antara yang anda akan jumpa termasuklah sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.


5. Pelbagai Barang Keperluan 

    Anda boleh mendapatkan pelbagai barang keperluan  di sini termasuklah ikan laut segar, ikan sungai, ayam kampung, keropok lekor dan keropok keping, jam tangan, kasut, selipar, pakaian, anak pokok dan bermacam-macam lagilah. Tengok jelah gambar kat bawah ni...biar gambar je yang bercerita...


    Kat sini juga anda akan jumpa benda-benda yang dah jarang orang jual atau dah susah  nak tengok di mana-mana. Antaranya buah binjai yang mana nama Kampung Binjai Rendah sendiri diambil sempena dengan nama buah ni.

Buah Binjai


Jering Rebus Di Gaul Dengan Kelapa Parut

Buah Perah Rebus

Tembakau Rokok Daun

    Jangan salah faham pulak , tujuan kami masukkan tembakau rokok daun ni bukan untuk promosi supaya anda hisap rokok ye, cuma untuk tunjukkan kepada generasi muda yang mungkin tidak mengenali atau tak pernah tengok langsung sebelum ni. Dengan kata lain, sekadar berkongsi ilmu. Begitulah sedikit info tentang Pasar Pagi Binjai Rendah. Jadi sesiapa yang berhajat nak menginap di Warisan Iman Homestay janganlah bimbang jika terlupa membawa barang-barang keperluan. Berkunjung je ke pasar pagi ni...insyaAllah settle....












Tiada ulasan:

Catat Ulasan