Rabu, 1 Oktober 2014

Nasi Kerabu Terenggganu


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,daging bakar, telur masinkeropokbudu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam.
Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.
Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.

UTK NASI 
  • 3 cawan beras 
  • 4 cawan air @ bergantung pada beras yg kita guna
  • 1 batang serai dketuk
  • 10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya. ( x letak sbb x de)
  • sedikit pewarna biru
> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai, air bunga talang dan pewarna biru.

Utk Sambal Kelapa/Ikan
  • 1/2 biji kelapa parut - ditumbuk sedikit 
  • 2-3 ikan kembung/selayang - dipanggang
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5cm halia
  • 1 batang serai - hiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Utk Kuah Sambal
  • *5 batang cili kering
  • *5 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 inci belacan- bakar dulu
  • *1.5 inci halia
  • 1 batang serai - titik
  • gula merah n serbuk perasa jika suka
  • 2 cawan santan
  • asam keping
  • garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
> masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat. 

Utk Solok Lada
  • 10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5 cm halia
  • lada itam skit
  • 2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
  • sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. * Akak rebus dgn santan.

Utk Daging Panggang - bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka
  • daging lembu gred A @ daging btg pinang
  • garam
  • lada hitam
> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain
  • kacang panjang -
  • taugeh
  • timun
  • daun kesum
  • kubis
  • bunga kantan
  • telur masin
  • keropok ikan
  • sambal belacan
( Terimakasih kepada pemilik resepi yang asal )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan