Khamis, 11 September 2014

Nasi Dagang Original Terengganu


Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganudan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam(ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.


Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa (saiz agak besar)
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula

Garam sedikit rasa Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair

Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat

Cara penyediaan
Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan.

Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak.

Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati.
Nasi tidak perlu dikukus lagi


Gulai Nasi Dagang Asli

Bahan-bahan
1-½ kg ikan kayu/tongkol/tenggiri
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu besar Gula merah, 10 lada besar (hijau+merah), segengam cili api, 15 biji asam belimbing buluh ( jika tiada boleh ganti dgn tomato 5 biji)
Minyak masak secukupnya

Bahan A(Rendam dan blend)
=> 3 sudu besar Ketumbar
=> 3 sudu besar Jintan Manis
=> 5 biji Buah keras
=> 1 sudu besar Lada hitam

Bahan B ( Hiris halus + Blend)
=> 2 inci Halia
=> 2 inci Lengkuas
=> 1 mangkuk Bwg merah
=> 2 labu Bwg putih
=> 3 kotak Belacan (kotak kecil)

Bahan C (rendam dgn air panas + blend)
1 mangkuk cili kering

Cara penyediaan
Ikan disiang dan dibersihkan dgn asam jawa dan garam. Lepas dicuci masukkan ikan ke dalam periuk. Letak sikit air 1/2 drp paras ikan dlm periuk. Tambahkan garam dan asam jawa (dgn bijinya sekali). Masak guna api sederhana sehingga ikan masak dan air kering.

Gunakan kuali besar, letak minyak (1-1/2 mangkuk) utk menumis bahan A dahulu, diikuti B dan C tadi. Pastikan bahan2 naik bau dulu barulah letak bahan yang seterusnya.

Curahkan bahan tumisan kedalam periuk yg ada ikan tadi. Buka api dapur sederhana dan tambahkan santan kedalam periuk tadi.

Masuk sekali gus gula merah, lada besar, cili api, asam belimbing/tomato. Jika pekat sangat kuahnya bolehlah tambah air.

Masaklah sehingga sebati dan mesra bahan2 tu. rasalah kuah. Jika kurang masam, tambah air asam jawa lagi. Tambah garam gula.

( Terimakasih Kepada Tuan Punya Resepi Yang Asal )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan