Khamis, 11 September 2014

Nasi Dagang Original Terengganu


Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganudan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam(ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Sotong Sumbat @ Ketupat Sotong Terengganu


Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Pulut beras merah juga digunakan bagi membuat ketupat sotong.

Laksam Istimewa Terengganu


Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Jumaat, 5 September 2014

IKBN Wakaf Tapai Marang

IKBN Wakaf Tapai, Terengganu dahulunya beroperasi di tapak sementara yang terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan keluasan 4.75 ekar.

 IKBN Lama

 Kemudiannya Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan tapak kekal di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dengan keluasan tanah 163.22 ekar. Dan mula berpindah ke tapak baru pada 5 April 1997.

Tempat Menarik Di Terengganu Darul Iman


Negeri Terengganu yang terkenal dengan moto Negeri Cantik, Budaya Menarik sentiasa bersedia menerima tetamu dari dalam mahu pun luar negara.  Terengganu memang cantik, memang menarik untuk bercuti.  Dengan jaringan Lebuh Raya Pantai Timur yang memudahkan perjalanan , percutian ke Terengganu melalui jalan pesisir pantai sangat memukau.Biru laut dan lambaian pohon kelapa di sepanjang pantai di Terengganu menyegarkan dengan pemandangan perkampungan tradisi masyarakat pantai timur.

Khamis, 4 September 2014

Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai



Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai keluasan 144 hektar dan dibina pada tahun 2000. Majlis pecah tanah pembinaan telah disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Dr. Ting Chew Peh pada tahun 1999. Pada 7 Oktober 2002, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mula beroperasi dengan kemasukan pertama seramai 236 orang pelatih Gred KB 11 melapor diri untuk mengikuti Kursus Asas Sains Kebombaan. 

Bangunan Pentadbiran

Pada tahun 2002, Organisasi Pentadbiran yang terdapat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai