Khamis, 11 September 2014

Sotong Sumbat @ Ketupat Sotong Terengganu


Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Pulut beras merah juga digunakan bagi membuat ketupat sotong.


Bahan-bahan
50 g udang dikisar halus
50 g ikan dikisar halus
50 g isi sotong dikisar halus
10 biji cili padi dihiris halus
3 batang serai dihiris halus
15 g sayur campur
5 g daun bawang dihiris
1 biji telur, dicincang
Garam secukup rasa
10 ekor sotong

Bahan-bahan Sos
50 g cili api dikisar
2 biji bawang besar dikisar
10 ulas bawang putih dikisar
2 cm lengkuas
2 batang serai dititik
1 biji kelapa diperah santannya
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya

Cara membuat
· Satukan isi udang, isi sotong dan isi ikan dan gaul bersama garam.
· Masukkan cili padi, serai, sayuran campuran, daun bawang, telur dan garam. Gaul hingga ia sebati.
· Sumbatkan bahan tadi di dalam sotong kemudian kukus 10 minit atau sehingga ia masak.

Cara membuat sos
· Tumis cili padi, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan santan, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
· Kacau hingga kuah pekat. Setelah pekat bolehlah dituangkan di atas sotong sumbat tadi.


( Terimakasih Kepada Tuan Punya Resepi Yang Asal )

1 ulasan:

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    BalasPadam