Khamis, 11 September 2014

Laksam Istimewa Terengganu


Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.


BAHAN UNTUK LAKSAM :
·         2 cawan tepung beras
·         2 cawan tepung gandum
·         air secukupnya
·         sedikit garam
BAHAN UNTUK KUAH LAKSAM :
·         1 kg ikan selayang @ sardin
·         4 1/2 cawan santan pekat
·         15 biji bawang merah
·         5 ulas bawang putih
·         1/2 inci halia
·         1 batang serai
·         2 keping asam gelugur
·         1/2 sudu makan serbuk lada hitam
·         garam secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL :
·         sedikit cili padi
·         4 tangkai cili kering
·         sedikit cuka
·         sedikit gula melaka
·         garam
·         gula
BAHAN UNTUK HIASAN :
·         1 batang bunga kantan - dihiris
·         4 batang kacang panjang - dihiris
·         sedikit kobis - dihiris
·         dua tangkai daun kesum - dihiris
·         sedikit taugeh
CARA-CARANYA :
·         1.Untuk membuat laksam :
·         2.Panaskan periuk pengukus.
·         3.Gaulkan semua bahan-bahan.
·         4.Sapukan tudung periuk/loyang dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari melekat.
·         5.Tuangkan adunan di atas tudung periuk,pastikan tidak terlalu nipis atau tebal.
·         6.Masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sampai masak,lebih kurang 4 minit. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.
·         7.Gulungkan adunan dan potong kecil secara membulat. Ulangi langkah 2- 5 sehingga adunan habis.
·         8.Untuk membuat kuah laksam :
·         9.Ikan direbus terlebih dahulu,kemudian asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
·         10.Masukkan isi ikan,halia,bawang putih,bawang merah dan lada hitam bersama air secukupnya ke dalam mesin pengisar..kisarkan hingga sebati.
·         11.Kemudian,masukkan bahan dikisar tadi ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain.
·         12.Masak sehingga kuah menjadi agak pekat.
·         13.Untuk membuat sambal :
·         14.Kisarkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.
·         15.Untuk hidangan :
·         16.Masukkan sedikit laksam yang telah dipotong ke dalam mangkuk.
·         17.Masukkan ulam yang telah dihiris diikuti dengan sedikit sambal dan tuangkan kuahnya.
·         18.Siap untuk dihidang.

( Terimakasih Kepada Tuan Punya Resepi Yang Asal )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan