Jumaat, 5 September 2014

IKBN Wakaf Tapai Marang

IKBN Wakaf Tapai, Terengganu dahulunya beroperasi di tapak sementara yang terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan keluasan 4.75 ekar.

 IKBN Lama

 Kemudiannya Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan tapak kekal di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dengan keluasan tanah 163.22 ekar. Dan mula berpindah ke tapak baru pada 5 April 1997.



Bangunan Pentadbiran IKBN

IKBN Wakaf Tapai adalah merupakan salah satu Pusat Latihan Pelopor Belia Negara yang terdahulu dibina kerajaan.


Asrama Pelajar Perempuan

Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu terletak 25 km dari bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari pekan Kuala Berang. Kedudukan muka buminya adalah di 5°U dan 103°T di Kg. Batu 14 iaitu kira-kira 2 km dari Pekan Wakaf Tapai.


Kemudahan Riadah

Sehingga ke tahun 2009, Institut ini telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dan program kemahiran serta bina insan bagi melahirkan belia-belia yang berketrampilan dan berbudi pekerti mulia. Selain daripada itu, IKBN Wakaf Tapai turut menekankan disiplin dan pembentukan intergriti sebagai budaya kerja yang menjadi amalan warga pelajar dan kakitangan


Bilik Kuliah

Kira-kira 82 peratus lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di negara ini mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Saari Salleh berkata, setiap tahun IKBN melatih sekurang-kurangnya 13,000 belia melalui 20 IKBN di seluruh negara.Saari berkata, peluang pekerjaan untuk belia di negara ini amat luas, tetapi golongan itu harus berani berhijrah untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan selepas tamat latihan di IKBN.



Team Motorsport 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan