Rabu, 1 Oktober 2014

Nasi Kerabu Terenggganu


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,daging bakar, telur masinkeropokbudu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam.
Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.
Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.

Khamis, 11 September 2014

Nasi Dagang Original Terengganu


Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganudan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam(ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Sotong Sumbat @ Ketupat Sotong Terengganu


Ketupat sotong atau juga dikenali sebagai sotong sumbat adalah sotong yang disumbat dengan pulut yang dimasak dalam santan pekat. Beras pulut ini akan dimasak bersama santan sebelum disumbat ke dalam sotong sebelum dihidang dengan kuah santan.Pulut beras merah juga digunakan bagi membuat ketupat sotong.

Laksam Istimewa Terengganu


Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Jumaat, 5 September 2014

IKBN Wakaf Tapai Marang

IKBN Wakaf Tapai, Terengganu dahulunya beroperasi di tapak sementara yang terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan keluasan 4.75 ekar.

 IKBN Lama

 Kemudiannya Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan tapak kekal di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dengan keluasan tanah 163.22 ekar. Dan mula berpindah ke tapak baru pada 5 April 1997.

Tempat Menarik Di Terengganu Darul Iman


Negeri Terengganu yang terkenal dengan moto Negeri Cantik, Budaya Menarik sentiasa bersedia menerima tetamu dari dalam mahu pun luar negara.  Terengganu memang cantik, memang menarik untuk bercuti.  Dengan jaringan Lebuh Raya Pantai Timur yang memudahkan perjalanan , percutian ke Terengganu melalui jalan pesisir pantai sangat memukau.Biru laut dan lambaian pohon kelapa di sepanjang pantai di Terengganu menyegarkan dengan pemandangan perkampungan tradisi masyarakat pantai timur.

Khamis, 4 September 2014

Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai



Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai keluasan 144 hektar dan dibina pada tahun 2000. Majlis pecah tanah pembinaan telah disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Dr. Ting Chew Peh pada tahun 1999. Pada 7 Oktober 2002, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mula beroperasi dengan kemasukan pertama seramai 236 orang pelatih Gred KB 11 melapor diri untuk mengikuti Kursus Asas Sains Kebombaan. 

Bangunan Pentadbiran

Pada tahun 2002, Organisasi Pentadbiran yang terdapat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai

Rabu, 27 Ogos 2014

Tentang Warisan Iman Homestay

Homestay 3 bilik tidur dan 3 bilik air.
Sesuai untuk percutian keluarga,rombongan kahwin atau
 pendaftaran pelajar ke IPT.


Alamat: Lorong Hj Ismail,Kg Padang Mengkuang,Bukit Payung,
Lokasi : Kuala Terengganu

Harga  : RM 150 - Dua Hari Satu Malam
         
Syarat Tambahan:

* Deposit RM50 Untuk Confirmkan Tempahan

Kemudahan:

- Aircond (Bilik Utama)
- Dapur,Toaster,Periuk Nasi dan Jug Eletrik
- Kipas Remote Control
- Mesin basuh
- Peti sejuk
- Seterika dan Papan Penggosok
- Tilam tambahan, bantal dan Toto
- Lengkap perabut
- TV dan Dvd Player
- Ruang makan dan Set Meja makan
- Ruang tamu dan Set Sofa kayu
- Parking untuk 3 buah kereta

Berhampiran dengan:

- Lebuhraya LPT ( Exit Bukit Payung @ Ajil )
- Pusat Akademi Bomba Wakaf tapai


- Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai


- Pusat Giat Mara Bukit Payung @ Wakaf Tapai
- Kemudahan Pasaraya Sri Intan, 7 Eleven, Masjid, Klinik Kesihatan, Bank dan
  Stesen Minyak Shell dan Caltex ( 1.3 km )
- Tasik Kenyir, Air terjun dan Taman Pertanian Sekayu (38 km)


- Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (12 km)


- Pantai Batu Burok (14 km)
- Pasar Payang (14 km)

- Bandar Kuala Terengganu (14 km)



*UNTUK MUSLIM SAHAJA

**Sebarang Pertanyaan @ Untuk Tempahan,
    Bolehlah Hubungi Di Talian @ Sms @ Whatsapp:

* Pn Nurasidah - 0197212135
* Pn Zahani - 0139830989

***Boleh juga dihubungi melalui email (juschot@yahoo.com)